mcmc
Uncategorized

KEMPEN INTERNET SELAMAT

📢 Program Kempen Internet Selamat
Anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Bintulu dengan kerjasama NADI Kluster Mukah dan Dalat

Program Kempen Internet Selamat telah diadakan di beberapa buah sekolah sekitar Mukah dan Dalat sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet. Bermula pada 30 Julai 2025, program ini dilaksanakan di SK Parish, Balingian, diikuti dengan SK Kampung Teh Mukah, SK Mukah, SK Dua Sungai Mukah serta SK DPM Oya.

Usaha ini akan terus diperluas ke sekolah-sekolah terpilih bagi memastikan mesej tentang kepentingan penggunaan internet yang selamat dapat disampaikan secara lebih meluas kepada warga sekolah dan komuniti setempat. 🌐✨