KIDSVENTURE LIVE WEBINAR
| PROGRAM | Bijak Kewangan |
| TARIKH | 25 JULAI 2026 |
| MASA | 10.00 PAGI – 11.30 PAGI |
| TEMPAT | NADI KAMPUNG KUALA HILIR OYA |



Pada 25 Julai 2026, NADI Kampung Kuala Hilir Oya telah mengadakan penyertaan dalam KIDSVENTURE LIVE WEBINAR 21: Bijak Kewangan, yang disertai oleh kanak-kanak secara dalam talian di NADI.
Webinar ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang bijak, termasuk amalan menabung, berbelanja secara berhemah, membezakan antara keperluan dan kehendak serta membentuk sikap bertanggungjawab dalam mengurus wang sejak usia muda.
Melalui penyampaian yang interaktif dan mudah difahami, peserta dapat meningkatkan pengetahuan mengenai literasi kewangan serta memahami kepentingan membuat keputusan kewangan yang bijak dalam kehidupan seharian. Program ini selaras dengan usaha NADI untuk melahirkan generasi muda yang celik kewangan, berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.