


Ringkasan Aktiviti:
Program dimulakan dengan Kelas Kesedaran E-Sukan: Disiplin Masa & Komitmen Sebagai Pemain, di mana peserta diberi penerangan mengenai pengurusan masa, etika sebagai pemain, keseimbangan antara pelajaran dan permainan serta kepentingan komitmen dalam mencapai kejayaan dalam bidang e-sukan.
Seterusnya, aktiviti Drill Self-Defense Taekwondo telah dijalankan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan keyakinan diri peserta melalui latihan asas pertahanan diri.
Program diteruskan dengan sesi KIDPRENEUR Webinar 5: Pemasaran 1 yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas pemasaran, strategi promosi serta kepentingan perancangan dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Peserta menunjukkan minat yang tinggi dan memberi tumpuan penuh sepanjang sesi berlangsung.