mcmc
Uncategorized

KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SJK(c) EK HUA, MUKAH

Kempen Internet Selamat di SJK(c) Ek Hua, Mukah

Pada 25 Ogos 2025, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) cawangan Bintulu dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Digital (NADI) Kluster Mukah dan Dalat telah mengadakan Kempen Internet Selamat di SJKC Ek Hua, Mukah.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Antara pengisian yang dijalankan termasuklah sesi interaktif, perkongsian maklumat serta penyerahan poster berkaitan keselamatan internet.

Majlis ini turut menampilkan Cikgu Neoh Yee Jin sebagai Ikon Guru dan adik Christabelle Yap Mei sebagai Ikon Murid, sebagai simbol inspirasi kepada warga sekolah dalam mengamalkan penggunaan internet secara positif.

Kempen ini mendapat sambutan baik daripada pihak sekolah, guru serta para pelajar yang aktif mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan.