KESELAMATAN
Balai Polis Pekan Kecil Oya, yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Daerah Kecil Oya, bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam di kawasan Pekan Kecil Oya serta kampung-kampung sekitarnya. Selain itu, Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kecil Oya turut berperanan dalam pengurusan bencana, operasi menyelamat, bantuan kecemasan, khidmat kemanusiaan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat melalui pelbagai program keselamatan dan latihan kecemasan.