mcmc
Maklumat Setempat

MAKLUMAT PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KAMPUNG KUALA HILIR OYA

PENGURUS NADI OYA

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Kuala Hilir Oya menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 JUMLAH KEAHLIAN :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Kuala Hilir Oya telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2014. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Kg Kuala Hilir Oya bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

 AHLI LAMA

955

 AHLI BARU BULAN SEPTEMBER 2024

11
 KESELURUHAN PADA  30 SEPT 2024 966
 KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami;

 

 

 

 
                                                                                   

 

                                                        
        PENGURUS 
    NAMA : SITI AISYAH BINTI NASRI
    MULA BERKHIDMAT : 1 NOVEMBER 2023
 
 
 
                                                                                    ALLYA PASSPORT 1
 
 
        PENOLONG PENGURUS 
       NAMA : ALLYA BINTI HALPI
     MULA BERKHIDMAT : 16 APRIL 2023