mcmc
Maklumat Setempat

PERTANIAN

Penduduk Daerah Kecil Oya ini terdiri daripada Masyarakat Melanau ,Iban, Cina, Melayu dan seramai 95% masyarakat terdiri daripada Melanau. Kira-kira terdapat seramai 4,732 penduduk yang mendiami Daerah Kecil Oya  setakat ini. Penduduk di sini menjadikan sektor pertanian,perikanan,perladangan,pertukangan dan perniagaan kecil-kecilan sebagai punca utama pekerjaan mereka.

Ini kerana struktur semulajadi yang memain peranan untuk punca pencarian rezeki penduduk sini. Sebagai contoh,pantai bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan dan menjadikan hasil tangkapan sebagai perniagaan keropok ikan,ikan kering dan banyak lagi. Dengan adanya tanah yang luas dan penduduk mempunyai sawah padi yang luas dan menjadikan kerjaya sebagai petani yang berjaya.