Saringan Kesihatan (Flourisher)

Laporan Aktiviti | 21 May 2026

Program Saringan Kesihatan Percuma telah diadakan di NADI Kampung Kuala Hilir Oya sempena Kursus Pharmacy Integrated Community Care (PICC). Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat.

Selain menyediakan saringan kesihatan secara percuma kepada penduduk setempat, program turut diserikan dengan sesi taklimat kesihatan bertajuk “Pengenalan kepada Diabetes” yang memberi pendedahan mengenai faktor risiko, tanda-tanda awal serta langkah pencegahan penyakit diabetes.